Pages

Showing posts with label Sirih pulang ke ganggang. Show all posts
Showing posts with label Sirih pulang ke ganggang. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Sirih pulang ke ganggang 3 : the truth about al aqsa

alhamdulillah ada masa free skit skrg nih...

aha penah dengar nama masjid al Aqsa saudara saudari?

1st nak tanya skit sebab aku nih suka tanya betul ke kome semua ni tahu menahu ttg masjid al aqsa??

kalau yg dah tahu baguslah yg x tahu musti ingat masjid al aqsa kubah dia warna emas aha betul x?



tapi kalau yg di atas ini masjid al aqsa yg ni pulak camana?


-aha maybe yg atas gambar baru yg bawah gambar lama mcm tu?
jawapanya: yg atas tu masjid al sakhrah atau Dome of the rock mosque
yg bawah itulah masjid al aqsa...

-akan tetapi bukan salah korang kalau tatau maklum la tv1-astro pown dia dok tunjuk dome of rock= masjid al aqsa bongok kan



info skett

-ini semua kerja geng2 zionis la yg pengaruh media massa di pelosok dunia nak perbodohkan umat islam dimana jua anda berada. nanti masjid al aqsa dah jadi rata kita masih tunjuk "tu kubah emas masjid al aqsa ada lagi " tujuan dia nak roboh masjid al aqsa ni satu ja nak bangunkan haikal sulaiman....

yahudi vs zionis

- dalam kitab taurat sendiri dah kasi warning to yahudi jgn sesekali bina haikal sulaiman yg telah runtuh itu.. so yang israel buat skrg ni apa? satu ja diorang zionis bukan yahudi berpandukan kitab taurat

- peranan media juga main peranan konsep devide and rule telah berulang tapi kali ini bukan dekat malaysia tetapi di israel sendiri mereka cuba pecahkan keharmonian antara masyarakat arab dan yahudi.. yg sebetulnya ada juga yahudi yang menetang kekejaman dan menghalang israel bina kembali haikal sulaiman

(kami berkawan baik sama sedarjah lalalalala)





- aku pernah dengar penceramah nama dr ahmad zakir x silap aku dia bgtau yang kita boleh berkawan dengan orang yahudi dan kristian akan tetapi x boleh berkawan dengan orang kristian yang berkawan dengan yahudi dan sebaliknya...

- sebab!!!! orang yahudi punca jesus kena salib yahudi punya punca... ini kalau nak kata ikut agama diorang ni kesalahan/ dosa paling besar iaitu bunuh tuhan

tapi yang jadi sekarang ni apa

Pope dan majlis tertinggi paderi yahudi

-bila aku pikir2 balik sumthin wrong sumwhere da.. rajin2 kang aku taip lg ye....

Saturday, January 22, 2011

Sirih pulang ke ganggang 2

        Setelah tamat aku menulis tentang sirih pulang ke ganggang 1 aku ada info tentang asal usul melayu...
selain daripada itu ada juga pendapat dan kajian daripada pelbagai rujukan yang kamu semua tidak pernah dengar dalam buku teks sejarah dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6.... 
lagipun banyak yang tidak melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang ini (sejarah) so sama2 kita baca hal2 berkaitan dengan masyarakat melayu

terimalah..........  
                                         Sirih Pulang ke Ganggang 2

 ( contoh askara bugis)
Dari sudut bahasa

    Kajian mendapati bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut. 



Asal orang melayu adalah Orang Negrito ?

    Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya. 
 
 
 Asal yang kedua ialah Melayu-Proto ?

   Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamakan  Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.
 
 
Usul yang ketiga ialah Melayu-Deutro ?

         Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

               Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme. 


 
Asal usul semenanjung Melayu atau malaysia ?

     Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?
 
 
Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? 
 
      Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.
 
 

 
 
Antara rahsia dan kebenaran Melayu...

      Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
 
     Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi. 
 
inilah hasil kajian dan pendapat dari gabungan barat dan timur serta pendapat tentang Melayu....
sesungguhnya melayu, kamu buruan utama yahudi...
sama2 kita renungkan amin.....

credit to Sunan GK
 

Wednesday, January 19, 2011

Sirih pulang ke ganggang 1

 
Sirih Pulang Ke Ganggang

Tujuan aku menaip pada kali ini adalah berkaitan asal usul melayu dan jawa....

untuk isu kali ini aku ada melontarkan beberapa soalan yang jarang diperkatan kalau pernah maafkan aku kerana bertanya soalan yang pernah masyarakat lontarkan...

mengikut sejarah ketamadunan manusia, manusia dikatakan berasal dari bumi afrika
ini disebabkan oleh peninggalan masyarkat di afrika adalah berusia ribuan tahun dan paling lama..

(sekali bagi anak dia mandi da...)


soalan pertamaku

aku bertanya bagaimana boleh ada manusia dibumi malaysia atau kepulauan melayu atau semenanjung emas?

-jawapan yang aku terima adalah pelbagai ada yang menyatakan asal usul melayu dari funan, tanah jawa, semenanjung thailand dan yang paling menarik adalah gabungan dua bangsa iaitu bangsa Mala dan Ryo digabungkan menjadi Malaryo kemudianya Melayu..'


(peta malaysia dan indonesia)

soalan kedua ku

aku bertanya pula bagaimana manusia dari afrika mengembara begitu jauh hingga mampu sampai ke bumi malaysia?

-jawapanya manusia dari afrika mengembara berperingkat-peringkat melalui tanah besar mereka hidup nomad dan ada yang mula menetap maka jadilah pelbagai bangsa di mukabumi ini. Jadi bangsa melayu adalah gabungan dari pelbagai bangsa seperti bangsa lain di seluruh kepulaun melayu iaitu nusantara...


soalan ketiga ku

apakah maksud tanah besar?

-jawapanya, tanah besar adalah benua yang tidak berpulau.. contohnya tiada penghijrahan berlaku jika teknologi masih mundur kerana masyarakat primitif lebih banyak menggunakan teknologi lebih rendah seperti menggunakan haiwan untuk mengangkut barangan dan berjalan kaki sahaja. Perkembangan teknologi lebih berkembang kepada masyarakat yang menetap berbanding masyarakat nomad..


soalan keempat ku

jadi bagaimana pula penempatan di benua atau pulau yang terpisah seperti Jepun, Amerika dan Kepulauan Nusantara?

- jawapan yang aku terima bangsa-bangsa atau suku kaum yang terpisah adalah paling lambat menerima penempatan kerana ia mengambil perkembangan teknologi seperti pembinaan perahu atau kapal jadi asal usul mereka tetap dari tanah besar.


( gambar pelabuhan melaka)


soalan kelima ku

tapi dari sudut geografi lain pula ceritanya dikatan bumi ini asalnya satu tanah yang rata tiada benua contohnya bahan galian seperti emas yang ditemui di India sama dengan emas di Australia sedangkan kedua-duanya terletak jauh sama sekali?

-jawapan yang ku terima adalah ya memang benar tetapi perubahan plat tektanoik adalah berusia jutaan tahun dan mengambil masa yang lama sebelum berlakunya banjir besar meliputi bumi dan hasilnya masyarakat berkumpul di benua afrika dan memulakan tamadun pertama di dunia . Buktinya mereka sudah ada lembing serta teknologi-teknologi kecil untuk pemburuan serta lukisan mural di dinding2 gua.


( contoh kaum masai gunakan lembing)


soalan keenam ku


kalau benar dan kuatnya hujah mengatakan manusia berasal dari tanah besar, mengapa melayu dianggap dari tanah Jawa? mengapa dikatakan Kesultanan Melayu Melaka berasal dari Palembang dan masyarakat melayu dianggap adik oleh orang Jawa zaman sekarang?

-jawapan yang aku terima... ya memang Parameswara/ Parameshwara berasal dari Palembang negeri dibawah naugan Majapahit dan baginda membina kerajaan Melaka namun seperti yang masyarakat kini kian lupa adalah wujudnya perkampungan di Melaka dan bagaimana baginda mampu menjadi raja jika tiada rakyat bukanya pengikut setia baginda semata-mata.. maka sudah ada masyarakat Melaka  yang sudah berucuk tanam dan menjadi nelayan mereka mampu membina perahu untuk menagkap ikan... dan kemungkinan masyarakat jawa itu berasal dari kepulauan melayu iaitu semenanjung emas atau tanah Malaya atau kini digelar Malaysia...



Ermmm.... sirih pulang ke ganggang tajuk memang kena dengan topik isu ini...
sebab apa aku cakap sirih pulang ke ganggang adalah disebabkan kemungkinan yang tinggi masyarakat melayu bertapak di persisiran pantai barat malaysia berhijrah ke kepulauan Jawa
Pulang ke Gangang dimana Parameswara pulang ke tanah melayu dan membina empayarnya...
ada logik gak sekarang PATI naik tongkang ja meyeberagi selat melaka
terakhir... yang baik datang dari allah yang x baik datang dari hambamu yang lemah ini


contoh kapal zaman dahulu


Soalan Last Aku Nak Tanya Siapa Adik Siapa Abang? 


Hang tuah

Jawa




















p/s: sekadar ilmiah